KUALA SELANGOR: Lima deretan kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Melawati di sini pagi Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima maklumat kejadian itu pada jam 5.20 pagi.
Menurut beliau, seramai 32 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Tanjong Karang, Bestari Kaya, Sekinchan dan Sungai Besar dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kebakaran membabitkan sebuah kedai jahitan pakaian, tokong persendirian, rumah burung layang-layang dan masing-masing dua premis kosong berkeluasan 18X60 kaki persegi terbakar 70 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Norazam berkata, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca dari kedai jahit pakaian yang kemudiannya merebak ke premis lain.
Ujar beliau, operasi pemadaman sehingga kini masih dijalankan dan kebakaran tidak membabitkan mangsa.
Jelas Norazam, semasa kejadian, semua pemilik kedai tiada di lokasi kerana masing-masing berada di rumah.
"Punca sebenar kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 05 2022
Siasatan awal bomba mendapati, kebakaran di Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Melawati awal pagi ini dipercayai berpunca dari kedai jahit pakaian yang kemudiannya merebak ke premis lain. - Foto Sinar Harian/JBPM Selangor
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Deretan enam kedai di Pekan Lama, Sungai Petani terbakar
Tiga unit kedai terbakar kira-kira 90 peratus, manakala tiga lagi terbakar kira-kira lima peratus.
Deretan tiga kedai musnah 90 peratus dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan deretan tiga pintu kedai dengan anggaran kemusnahan 90 peratus.
Lima kedai musnah terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Deretan lima kedai musnah dalam kebakaran
Kebakaran membabitkan satu kedai jahitan pakaian, tokong persendirian, rumah burung layang-layang dan dua premis kosong.
15 kedai di Pantai Morib musnah dijilat api
Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh dua jam dan keseluruhan kerosakan melibatkan 60 peratus deretan kedai.
60 unit kedai zon bebas cukai Rantau Panjang musnah dalam kebakaran
Jentera bomba bersama 33 anggota tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian dan berjaya mengawal api sepenuhnya dalam tempoh sejam.